Blog Rasmi Ketua Penerangan PAS Pusat
DANA PRU13 PAS PAHANG - Sumbangan boleh disalurkan melalui DANA TAQWA PAS PAHANG (BIMB : 0602 8010 0417 06) @ DANA PILIHANRAYA PAS PAHANG (MAYBANK : 5560 5750 2013)

TUN M JADI 'TALIAN HAYAT' UMNO-BN

21 Jamadil Akhir 1433 H | 13 May 2012

SHAH ALAM – PKR menyifatkan kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang mendakwa pihak pembangkang akan menimbulkan kekecohan ganas sekiranya kalah pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) sebagai tidak berasas.

“Jika kita lihat sejarah Dr Mahathir, selalunya kenyataan beliau memberi maksud yang lain. Kita perlu melihat secara tersirat. Beliau sukakan perkara paradoks.


“Jika Umno-BN tewas pada PRU13, maka merekalah yang mencetuskan keganasan. Oleh itu saya melihat kenyataan Dr Mahathir sebagai kenyataan pihak yang berada di hujung nyawa,” kata Setiausaha Agungnya, Datuk Saifuddin Nasution Ismail kepada Sinar Harian semalam.


Semalam, Dr Mahathir berkata pihak pembangkang akan melancarkan demonstrasi ganas sebagai satu cara untuk menunjukkan kepada negara luar bahawa rakyat negara ini menolak keputusan pilihan raya yang kononnya telah dimanipulasi oleh kerajaan BN.


Sementara itu, Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub pula mendakwa Dr Mahathir berkhayal dan kenyataannya itu adalah salah satu manifesto kerajaan Umno- BN dalam pilihan raya umum akan datang bagi menimbulkan tanggapan negatif terhadap parti Pakatan Rakyat (PR).

"Saya merasakan Mahathir dihantui oleh keganasan demontrasi yang berlaku seperti di negara Arab dan nasihatkan supaya tidak terlalu berfikir negatif kepada demonstrasi yang dilakukan di Malaysia.

"Kita berhimpun menggunakan cara yang sah dan ikut undang-undang dan sama sekali tidak ada niat untuk cetuskan hura-hara pada Bersih 3.0 lalu," katanya.

Salahuddin turut berkata, setelah 12 kali PRU diadakan tetapi parti PR tidak pernah lakukan perkara yang menyalahi perlembagaan dan mereka rela kalah pada sitem pilihan raya walupun tidak berpuas hati dengan PRU 13 akan datang.

“Bayangkan kalau memang kami berniat untuk bertindak ganas pada hari itu, Kuala Lumpur akan menerima kesan yang dasyat dan saya bimbang kalau BN yang akan berkelakuan ganas seperti yang terjadi pada ceramah semalam (malam kelmarin)," katanya. - SinarHarian

MAJLIS FATWA PERLU BERDIRI DENGAN KEKUATAN SENDIRI

17 Jamadil Akhir 1433 H | 9 May 2012

Kenyataan Majlis Fatwa Kebangsaan bahawa haram untuk menyertai perhimpunan yang mencetuskan huru-hara dengan mengaitkannya dengan perhimpunan Bersih 3.0 telah menimbulkan pelbagai komentar dan kritikan.

Tindakan ini dilihat sangat tidak baik dan tidak sihat kerana kedudukan Majlis Fatwa sangat tinggi di kaca mata umat Islam kini dipertikai. Majlis Fatwa yang merupakan institusi tertinggi dan kredibilitinya dalam mengeluarkan fatwa seharusnya sentiasa dihormati dan dirujuk. Namun episod terbaru ini telah menyebabkan ramai yang mempertikaikan keputusan Majlis Fatwa.

Sebagai seorang Islam, semua pihak boleh menyatakan pandangan dan kritikan. Tapi, fatwa terbaru ini yang turut dipertikaikan oleh golongan ulama perlu diberi perhatian.

Saya melihat kenyataan Majlis Fatwa bukanlah perkara pelik, atau bercanggah dengan nas. Inilah yang dinyatakan oleh Tuan Guru Nik Aziz yang menyokong kenyataan tersebut, iaitu bahawa menyertai perhimpunan yang bertujuan untuk menimbulkan huru hara, merosakkan harta awam dan ketenteraman awam adalah bertentangan dengan Islam.

Kenyataan ini tidak perlu dipertikai oleh mana mana pihak, dan PAS menerimanya.

Namun apa yang mendukacitakan ialah Majlis Fatwa seolah-olah menghukum ribuan rakyat yang hadir seolah-olah telah melakukan perkara bertentangan syarak apabila menghadirkan diri di Bersih 3.0.

Seseorang yang hadir dalam mana mana demonstrasi aman tidak bercanggah dengan hukum syarak, lebih-lebih lagi jika ianya adalah sebahagian dari penentangan terhadap kemungkaran sistem politik.

KISAH SYARIP DOL & PENEROKA FELDA





17 Jamadil Akhir 1433 H | 9 May 2012


Syarip Dol memang terkenal sebagai samseng Kampung Dusun. Selain dari kerja rompakan dan samun beliau juga adalah pembeli hasil sawit penduduk di situ.

Oleh kerana tiada pembeli lain di kampung tersebut, maka penduduk mahu tak mahu terpaksa menjual juga hasil ladang mereka kepada Syarip Dol.

Tambahan pula, beliau sering mengugut penduduk yang cuba menjual kepada peniaga lain. Namun kerana tidak mengetahui kadar perahan sebenar, maka penduduk hanya terima berapa sahaja kadar perahan yang diberitahu.

Mereka berasa ok juga Syarip Dol ini kerana walaupun samseng tetapi ia masih membeli sawit penduduk kampung. Ada yang terfikir kalau Syarip Dol tak beli lagi daripada mereka, naya jadinya.

Hasil penipuan kadar perahan ini, Syarip Dol berjaya mengumpul RM200,000 setahun. Ia hidup senang-lenang hasil penipuan tersebut.

Suatu hari penduduk diberitahu sebenarnya kadar perahan yang sepatut diberi jauh lebih tinggi dari yang mereka perolehi sebelum ini. Mereka mulai siasat dan ternyata betul laporan tersebut. Ini menyebabkan ada di kalangan penduduk Kampung Dusun mulai merancang untuk menjual kepada kilang lain, yang akan membayar lebih tinggi dan kebajikan lebih baik.